Lots Of Love
You've stuck in my blog♥ | +Follow || Dashboard ?

Kuatkan Hati.
24 April 2013 | 4:44 AM | 0 little talk[s]

Salam ukhwah fillah dan salam kasih sayang.

Alhamdulillah, setelah lama tidak update blog yang terlalu banyak sawang labah-2 dan habuk ni, akhirnya harini diizinkanNya untuk menaip untuk post yang baru. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur kerana sampai ke harini saya masih lagi berpeluang untuk meneruskan hidup, meneruskan rutin harian saya. Alhamdulillah walaupun terlalu banyak dugaan yang saya tempuhi baru baru ni, tapi ia banyak mendatangkan manfaat. Hmm. Baiklah, harini saya akan kongsikan sedikit apa yang saya tempuhi 2, 3 minggu ni. 
............

Seperti yang telah saya beritahu dulu, saya diserang penyakit gastric yang teruk. Dan kemudian, sehari selepas saya mengambil PMR saya diserang appendix pula. Allahu, sakitnya hanya Allah yang tahu. Tapi saya masih kuatkan diri untuk ke sekolah mengambil peperiksaan pada hari selasa dan rabu namun saya tak sekuat yang saya sangka, rabu malam tu saya terus dikejarkan ke hospital dan doktor mengesahkan yang appendix saya tu hampir pecah, membengkak dan bahaya jika tidak dibuang. Akhirnya, saya ditahan di wad dan nampaknya terpaksalah saya ambil peperiksaan pada hari khamis (hari ke3 pmr) di hospital. okay saya sedar yang ayat saya memang dah boleh buat karangan dah ni. k gelak gelak.


hmm.  ni ada gambar semasa saya berada di hospital. 



 

Okay, terus terang saya katakan pengalaman masuk bilik bedah tu sangat sangat menakutkan. dengan sejuk yang teramat amat macam kat switzerland ja, muka muka doktor yang menakutkan. ishh. seram tahu. tiba tiba sedar dah pukul 8 malam saya dah ada di wad, selasai dah dibedah. huhu. dan kini alhamdulillah saya selamat berada di rumah dan makin beransur pulih. hee

 Saya bersyukur sangat sangat sebab semua kenalan saya care pasal saya, tak putus putus doakan saya, alhamdulillah. moga Allah balas jasa awak semua. and ada juga yang sudi datang melawat saya. eceh. macam sakit teruk ja kan. haha. padahal sikit ja >,< hihi. terima kasih, terima kasih, saya terharu sangat. hmm tak sangka ada jugak yang sayang *nada sedih* hukhukhuk.

Dan dan dan......... Saya harini pada 24/10/12 dengan sgala hormat dan sedih bercampur gembiranya mengumumkan bahawa saya sudah officially bergelar single, mingle, triple, pringle, *apa lagi?* setelah 7 bulan bersama dengan dia. hmmm.ya sepatutnya besok saya 8 bulan, tapi.... Allah itu Maha Mengetahui bukan? ya mungkin dia berikan saya orang yang salah dan gantikan dengan yang lebih baik. Yep. Siapa tahu bukan? Perancangan Allah itulah yang terbaik, kita cuma mampu merancang ja. Hmm. Takpa, saya tahu saya kuat untuk tempuhi semua dugaan ni. Sebab... Kita ada Allah bukan? ;) Ya zira kuat! Nampak ni muka happy, mana ada sedih. Tengok. Happy ni. HAPPY! Hee. 




Dan untuk awak yang saya hormati dan kasihi,  

"Terima kasih untuk semuanya. Jangan risau, saya tak pernah lupa untuk doakan awk, 

semoga berjaya dalam SPM, di dunia dan diakhirat. Kita mungkin tk dpt bertemu di sini,

 tapi mungkin kita bertemu bila sampai masanya bukan? jaga diri, ingat Allah dan paling penting jangan lupakan saya ;)"

Jangan Bersedih.. Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan




Disclaimer
Mak, terima kasih kerana melahirkan aku sebagai orang yang berguna.




Tagboard
I always have Allah in my heart. He's my everything <3


Credits
Template by : Sweetie Pie
Background by : SitiHajarZainuddin
Pictures by : Tumblr | We♥it
Edit by : NurushsyifaqErda
Header by : Farhana